LAMAN PIBG ::
   

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SMK. ROMPIN KALI PERTAMA SESI 2005/2006

 

Tarikh

:

7 September 2005

Masa

:

8.30 malam

Tempat

:

Bilik Gerakan PSS, SMK. Rompin

 

Kehadiran:

1.

Encik Karim Bin Embi

Yang DiPertua PIBG

2.

Encik Hashimme Bin Omar

Setiausaha Kehormat

3.

Cik Zabiha Binti Awang

Bendahari Kehormat

4.

Encik Aznisyam bin Razali

AJK  (Guru)

5.

Ustaz Fazili Bin Ahmad

AJK  (Guru)

6.

Encik Nasaruddin Bin Jusoh

AJK  (Guru)

7.

Puan Zanariah Binti Zailin

AJK  (Guru)

8.

Encik Mat Isa Bin Shaari

AJK  (Ibubapa)

9.

Encik Ramli Bin Jusoh

AJK  (Ibubapa)

10.

Tuan Haji Ab. Aziz Bin Yakub

AJK  (Ibubapa)

11.

Puan Rohani Binti Yin

AJK  (Ibubapa)

12.

Encik Che Husain Bin Hassan

AJK  (Ibubapa)

 

 

 

Turut Hadir:

1.

Encik A.Wahab Bin Taha

Pengetua SMK. Rompin merangkap Pegawai
Ex-ffecio (Pegawai Kerana Jawatan)

 

 

 

Tidak hadir:

1.

Encik  Abd Hadi Bin Ahmad

Naib Yang DiPertua PIBG (Bersebab)

2.

Puan Wan Noraliza Binti

Naib Satiausaha (Bersebab)

 

MESYUARAT BERJALAN MENGIKUT AGENDA

 

1.

Ucapan Pengerusi

   

 

1.1

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.

 

1.2

Mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang hadir.

 

1.3

Memaklumkan bahawa beliau sekarang telah diarahkan bertugas di Kuantan tetapi masih menetap di Rompin.

 

1.4

Berjanji memberi komitmen terbaik sebagai YDP PIBG dan berharap setiap
keputusan dapat diputuskan bersama secara musyawarah.

 

1.5

Berharap setiap AJK PIBG yang baru dibekalkan dengan fail untuk memudahkan
urusan mesyaurat dan sebagainya.

 

1.6

Berharap fail PIBG dapat di simpan di Pejabat PIBG.

 

 

 

2.

Ucapan Pengetua

 

2.1

Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG di atas komitmen
ditunjukkan.

 

2.2

Ucapan tahniah kepada AJK yang baru dilantik.

 

2.3

Menjelaskan berkaitan kedudukan Pengetua sebagai Penasihat kepada PIBG
adalah kerana jawatan yang disandang.

 

 

2.3.1

Boleh membuat keputusan sekiranya diminta berbuat demikian.

 

 

2.3.2

Namun Yang DiPertua berkuasa menentukan kelulusan.

 

2.4

Penggurusan PIBG mestilah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh
JPNP melalui Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran PIBG terbitan JPNP.

 

2.5

Meminta supaya salinan Buku Panduan PIBG diberi kepada semua AJK PIBG.
                                                                                     ( Tindakan : S/Usaha PIBG)

 

2.6

PIBG perlu dilihat sebagai :

 

 

2.6.1

Forum untuk membantu murid.

 

 

2.6.2

Membantu sekolah dalam bentuk tenaga dan kewangan.

 

 

2.6.3

Ibubapa dengan guru dapat bertukar-tukar fikiran.

 

 

2.6.4

Membantu meningkatkan mutu pembelajaran pelajar melalui bantuan
bahan bantuan P&P serta yang berkaitan dengannya.

 

 

2.6.5

Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di sekolah
melalui penyediaan pondok bacaan, sumbangan buku kepada pusat  sumber serta program sekolah yang lain.

 

 

2.6.6

Perselisihan perlu dielakkan dengan memberi tumpuan kepada cadangan
yang membina dan bukan melihat kepada kesalahan remeh.

 

2.7

Berharap panduan asas ini dapat melancarkan perjalanan program PIBG dan
sekolah pada tahun 2006.

 

2.8

Laporan maklumat sekolah

 

 

2.8.1

Jumlah guru lelaki ialah 28 manakala perempuan 57 orang.

 

 

2.8.2

Jumlah pelajar ialah 1295 orang.

 

 

2.8.3

Sekolah satu sesi masih belum dapat dijalankan kerana tidak cukup kelas.

 

 

2.8.4

Berharap semua maklumat penting sekolah berkaitan dengan pelajar
dapat dihebahkan bersama.

 

 

 

 

3.

Laporan Kewangan oleh Bendahari Kehormat PIBG berdasarkan Penyata Kewangan
Berakhir 31 Ogos 2005

   

 

3.1

Baki terakhir di bank ialah RM11 913.40

 

3.2

Semua baki itu termasuk saham PIBG di Koperasi SMKR dan Wang Khairat &
Kematian.

 

3.3

Penyata Kewangan PIBG

 

 

3.3.1

Perlu lebih terperinci dan kemaskini         ( Tindakan : Bendahari)

 

 

3.3.2

Setiap penyata perlu ditandatangani juruaudit PIBG

 

3.4

Tabung Kecemerlangan PIBG

 

 

3.4.1

Semua AJK bersetuju supaya keseluruhan wang dari Tabung Kecemerlangan PIBG hendaklah dikeluarkan dan dimasukkan semula ke akaun lama (Tabung Kecemerlangan Pelajar)

 

 

3.4.2

Kutipan bayaran untuk tabung kecemerlangan tahun 2006 mengikut kadar yang telah dipersetujua dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 akan diurus oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah

 

 

3.4.3

Penggunaan wang kecemerlangan perlu mempunyai penyata khas dan perlu dilaporkan kepada PIBG jika diminta.

 

3.5

Sumbangan Yang Berhormat Dato’Dr. Jamaluddin Bin Dato’Haji Mohd Jarjis, Ahli  Perlimen Rompin semasa mewakilkan YB Tuan Haji Rusli, ADUN Rompin dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK. Rompin Kali Ke-19 sebanyak RM5000.00.

 

 

3.5.1

Sehingga kini sumbangan di atas belum diterima.

 

 

3.5.2

Sumbangan peribadi YB Tuan Haji Rusli Bin Ismail, sebanyak RM2000
00 telah diterima seperti tercatat dalam penyata kewangan yang diedarkan.

 

 

3.5.3

Setiausaha diminta membuat susulan dengan surat serta minit mesyuarat Agung ke-19 dan diajukan kepada pihak yang menguruskan akaun Dato’Dr. Jamaluddin Bin Dato’ Haji Mohd Jarjis di Majlis Daerah Rompin khususnya pihak PLB.
                                                                                 (Tindakan : SU & YDP)

4.

Pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Biro-biro PIBG sesi 2005/2006.  Keputusan yang dicapai adalah seperti berikut:

   

 

 

BIRO-BIRO

PENGERUSI

SETIAUSAHA

         

 

4.1

Biro Keceriaan

Puan Rohani

Puan Zanariah

 

4.2

Biro Disiplin

En Cik Husein

En. Mohd Nasauddin

 

4.3

Biro Kurikulum

En Mat Isa

En. Fadzeli

 

4.4

Biro Ko-Kurikulum

En. Abd Hadi

En. Aznisyam

 

4.5

Biro Bina Insan

Ustaz Ab Aziz

Ustaz Fazili

 

4.6

Biro Ekonomi

En. Karim

En. Hashimme

         

5.

Pembentangan Kertas Kerja

   

 

5.1

Dibentang  oleh Setiausaha Biro Bina Insan, Ustaz Fazili Ahmad bertajuk
Program Solat Hajat 2005

 

5.2

Tarikh   : 22 September 2005-12-16

 

5.3

Tempat : Surau SMK. Rompin

 

5.4

Jangkaan kedatangan : 400 orang

 

5.5

Memohon bantuan kewangan PIBG sebanyak RM500.00 untuk tujuan tersebut.

 

5.6

AJK PIBG sebulat suara bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM500 dan
meminta pihak berkenaan mengemukakan surat permohonan.

     

6.

Program PIBG 2005/206

   

 

6.1

Cadangan mengadakan Hari Pesta Ria PIBG 2006 untuk tujuan menambah
tabung  kewangan PIBG.

 

6.2

Biro Ekonomi dipertanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkaitan untuk dibentangkan.                                       
                                                                                                          (SU Biro Ekonomi)

 

6.3

Pengerusi meminta semua biro-biro PIBG menyediakan program masing-masing untuk dibentangkan pada mesyuarat ajk akan datang.
                                                                                            (Semua SU Biro PIBG)

     

7.

Hal-hal Lain

   

 

7.1

Setiausaha memaklumkan bahawa Yuran Kecemerlangan PIBG yang
dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 adalah seperti berikut:

 

 

7.1.1

PMR     :           RM50.00

 

 

7.1.2

SPM     :           RM70.00

 

 

7.1.3

STPM   :           RM100.00

 

7.2

Senarai ini akan dimasukkan ke dalam senarai yuran sekolah 2006.
                                                                                             (Pentadbiran sekolah)

 

7.3

Surau SMK. Rompin :  Pihak PIBG sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan menyelenggara bumbung surau yang mengalami kebocoran yang serius.
                                                                             (Tindakan: Ustaz Ab Aziz Yacob)

 

7.4

Dewan Besar SMK. Rompin :  AJK bersetuju membuat susulan surat terdahulu terus kepada Timbalan Perdana Menteri agar SMK. Rompin diberi peluang memiliki dewan sendiri selaras dengan status sekolah tertua di daerah Rompin.
                                                                           (JK Pembangunan Sekolah & SU)

 

7.5

Pn. Rohani mengajukan cadangan agar mesyuarat AJK dapat diadakan pada hari Ahad kerana ada kalangan AJK yang tidak berkesempatan hadir dalam mesyuarat kerana tugas.

 

 

7.5.1

Majlis bersetuju dengan cadangan tersebut.

 

7.6

Ustaz Ab Aziz Yaacob   menyarankan supaya setiap biro memainkan peranan lebih proaktif dalam memberi pelaporan penting semasa mesyuarat ajk diadakan. Antara saranan yang perlu diambil tindakan oleh biro berkenaan :

 

 

7.6.1

Menyediakan sasaran PMR, SPM, STPM selaras dengan peningkatan yuran kecemerlangan.

 

 

7.6.2

Berusaha mendapat sumbangan akhbar NST melalui tajaan pihak swasta atau individu tertentu.

 

 

7.6.3

Menyediakan sistem pemantauan untuk melihat kemampuan ahli membayar yuran sekolah, kecemerlangan, & PIBG secara lebih mudah untuk tujuan memberi pertolongan kepada yang perlu.

 

 

7.6.4

Meminta agar pihak sekolah mengenal ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah disiplin agar AJK PIBG dapat mendekati mereka.

 

 

7.6.5

Bertanyakan tentang kemampuan guru BI dan PPSMI. (ruj 7.7.10).

 

7.7

Tuan Pengetua memaklumkan perkara berikut untuk makluman dan tindakan:

 

 

7.7.1

PPSMI :  Calon PMR boleh menjawab dalam B.Melayu @ Bahasa
Inggeris.  KPM telah memberi latihan untuk pembiasaan.

 

 

7.7.2

Disiplin  :  Terdapat penghuni yang menyeludup keluar malam untuk ke
Pesta Pantai sedangkan mereka telah diberi peluang pada hari Sabtu.

 

 

7.7.3

Kes buli kebanyakan berpunca daripada masalah kominikasi.

 

 

7.7.4

Stesyen Bas Rompin jadi tempat ponteng dan lepak pelajar SMKR.

 

 

7.7.5

Keseluruhan masalah disiplin terkawal di dalam kawasan sekolah tetapi
kawasan luar tidak terkawal.

 

 

7.7.6

Program Akhbar Dalam Sekolah (ADS) mungkin dapat dilaksanakan
oleh PIBG pada 2006.

 

 

7.7.7

Program NILAM akan diperhebatkan oleh sekolah dengan bantuan PIBG kerana kesedaran untuk membaca di kalangan pelajar sangat rendah dan ia menjadi punca kelemahan.

 

 

7.7.8

Target pencapaian sekolah dikira berdasarkan Gred Purata .  lulus B.Melayu dikira sebagai Peratus kelulusan sekolah.

 

 

7.7.9

Seminar peperiksaan PMR, SPM dan STPM  telah dan sedang dijalankan.

 

 

7.7.10

Jumlah guru BI mencukupi dan guru yang mengajar  PPSMI semuanya terlatih dan mereka dibantu oleh guru BI yang memang berkelayakan.

 

7.8

Permohonan untuk Seminar Peperiksaan 2005 sebanyak RM10 000.00 ditolak kerana baki kewangan PIBG tidak mengizinkan.  Majlis mesyuarat bersetuju supaya peruntukan dari Tabung Kecemerlangan Pelajar digunakan.

     

8.

Ucapan Penangguhan

   

 

8.1

Pengerusi sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih

 

8.2

Berharap dalam mesyuarat ke-2, semua biro dapat memberi laporan berkaitan aktiviti tahun 2006

 

8.3

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.35 malam dengan bacaan surah al-Asr

 

 

 

 

 

 

Dicatat dan disediakan oleh

Disemak oleh

 

......................................

 

....................................

HASHIMME BIN OMAR
SU PIBG SMK. Rompin

EN. KARIM BIN EMBI
YDP PIBG SMKR